Wednesday 8 March 2017

konsep hubungan sesama manusia ( konsep kejiranan )

KONSEP KEJIRANAN

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah ajaran mengenai hidup berjiran atau kejiranan. Faisal Othman (1994) mentakrifkan jiran tetangga ialah setiap orang yang tinggal di rumah-rumah di sekitar rumah kita.

AKHLAK TERHADAP JIRAN

o   Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudarat.

o   Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

o   Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

o   Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan.

o   Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka

HAK-HAK JIRAN

o   Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.

o   Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

o   Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

o   Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.

o   Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya

o   Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

o   Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

o   Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

o   Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.

o   Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

o   Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.




isu-isu kontemporari ( unsur-unsur khurafat dalam filem)

Unsur-unsur Khurafat dalam Filem 


UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM:

            Amalan Khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab Jahiliyyah lagi. Sehingga kini amalan tersebut  masih amalan dalam masyarakat Islam. Khurafat adalah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Allah kepada makhluk yang dicipta oleh Allah.

            Khurafat ialah suatu kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnya dilarang oleh agama Islam kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam Islam. Selain itu, hal ini dapat memesongkan akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kia menyekutukan Allah.

            Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. 

Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, ” Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). ” Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.
Ciri-ciri khurafat yang terdapat dalam filem adalah tidak berdasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis),cerita-cerita rekaan dongeng, khayalan atau karut, bersumberkan kepada kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam, menggunakan objek seperti kubur dan pokok dan akhir sekali adalah berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada makhluk halus.
Kesimpulanya, kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

¨  Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram dan ini akan mendorong mereka berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui tontonan filem, seterusnya menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada mereka.

¨  Menurut Tengku Intan (2001), mentality masyarakat Melayu masih lagi dibelenggu oleh unsur-unsur tahyul dan khurafat.

¨  Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan bahan audio atau visual supaya tidak bercanggah dengan akidah Islam

¨  Menurut kitab Al-Mu’jam al-Wasif, khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.

¨  Menurut Kamus al-Marbawi, khurafat ialah sebarang cerita benar-benar dusta.

KHURAFAT :-

¨  Sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam

TAHAYUL :-

¨  Semua cerita sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam

KARUT :-

¨  Keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat

CIRI-CIRI KHURAFAT DAN TAHAYUL BERDASARKAN 

GARIS PANDUAN JAKIM (2009)

¨  Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis

¨  Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut

¨  Penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan tertentu

¨  Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam

BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN TAHAYUL

¨  Kepercayaan kepada keramat seperti kubur,pokok kayu dan seumpamanya

¨  Kepercayaan terhadap ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu

¨  Pemujaan objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur

¨  Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial

HUKUM BERAMAL DENGAN PERKARA KHURAFAT DAN TAHAYUL

¨  Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul ialah syirik

¨  Benda-benda keramat yang dipercayai adalah seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya

¨  Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud:


“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “Apakah tujuh perkara itu?” Baginda menjawab : “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”.

isu-isu kontemporari ( Hiburan Melampau )

HIBURAN MELAMPAU



Faktor yang menyebabkan pergaulan bebas semakin meningkat

1)      Latar belakang keluarga-keluarga yang tidak memberi kan pantauan dan kurang masa bersama anak-anak mereka.

2)      Sikap masyarakat- remaja merupakan aset utama negara yang akan menentukan masa depan negara pada masa akan datang .keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja akan memberikan keasan yang sangat mendalam kepada masyarkat.


1.      Program hiburan
a)      Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan .
b)      Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
c)      Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran islam.
d)      Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan yang penyembahan yang bertentangan
dengan ajaran islam.


2.      Persembahan muzik

a)      Tidak menimbulkan gerak-geri liar
b)      Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
c)      Tidak melalaikan

3.      Lirik
a)      Kalimah syahadah dalam bahasa arab hendaklah disempurnakan
b)      Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat,perktaan lucah,menggambarkan arak,dan memberikan perangsang melakukan dosa.
c)      Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
d)      Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam islam.


4.      Persembahan artis
a)      Berpakaian kemas dan sopan.
b)      Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan beradab.
c)      Tidak mengucapkan kata-kata yang mengalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama islam.

5.      Persembahan tarian
a)      Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
b)      Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan
c)      Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

  

isu-isu kontemperori ( perkauman )

PERKAUMAN

Agama islam sememangnya merupakan agama yang bersifat universal (‘alamiyyah).Agama silam diturunkan oleh ALLAH SWT kepada seluruh umat manusia dengan tidak membezakan bangsa dan warna kulit.Islam mengurus dan mementingkan perpaduan adalah dengan mengambil kira aspek Jemaah.Menurut islam,keamanan kerajaan Sabak pada masa dahulu disebabkan oleh rakyatnya yang tidak bersatu dan tidak menjaga kemakmuran negara.Sikap kesejahteraan negara adalah menjadi tanggungjawab semua individu bagi sesebuah negara.Perbezaan pendapat tidak boleh dijadikan alasan untuk membolehkan seseorang memebelakangi tanggungjawabnya menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

Islam menggariskan dua perkara demi kebaikan negara:

1.       Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
2.       Mengelakkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Namun,apabila masyarakat yang berbeza latar belakang berinteraksi antara satu sama lain di tempat kerja,sekolah dan suasana social,perselisihan faham mungkin akan berlaku.Kadangkala ditafsirkan sebagai sesuatu yang didorong oleh isu perkauman.

Masalah perkauman
Maksud perkauman – berkenaan dengan perpaduan kerana islam merupakan agama yang universal.

Setiap kaum mempunyai kebudayaan yang tersendiri.Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama laim.inilah punca yang menyebabkan berlakunya 13 mei 1969.

Orang melayu dan agama islam adalah merupakan agama rasmi yang perlu dihormati oleh semua kaum.Kaum lain juga mesti dihormati oleh orang bukan islam.

Punca-punca berlakunya masalah perkauman :
1-      Dasar pecah dan perintah penjajah inggeris
2-      Latar belakang pendidikan yang berbeza


Masyarakat haruslah memandang serius dan menitikberatkan pepaduan di Malaysia ini.



konsep hubungan sesama manusia ( Konsep Persaudaraan)

KONSEP PERSAUDARAAN

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

·         Setiap Umat Islam bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu Kelahiran, susuan dan akidah.
·         Persaudaraan menerusi akidah Pula ialah Persaudaraan Atas Perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai saudara seagama atau saudara.


Islam menggesa umatnya memperkukuh hubungan Persaudaraan Dalam kalangan umatnya untuk merealisasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini. perkara yang perlu dilaksanakan seperti Yang berikut:

·         Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT
·         Mengutamakan orang lain
·         Berkerjasama
·         Perasaan belas kasihan
·         Saling menasihati
·         Saling membantu sesama Islam
·         Saling bertanggungjawab

KONSEP PERSAUDARAAN

Ø  Hubungan persaudaraan merupakan satu konsep yang menyatukan umat manusia dalam sesebuah komuniti . Ia juga boleh dianggap sebagai perkara yang boleh menjamin kemakmuran hidup dalam sesebuah masyarakat, terutama sekali kehidupan di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa, budak dan kaum. Terdapat 3 konsep persaudaraan di dalam islam:

SAUDARA SESAMA ORANG ISLAM

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat"

Dari keterangan maksud ayat di atas, dapat diterjemahkan bahawa setiap orang muslim yang beriman kepada Allah ada saudara. Oleh itu, semua umat islam di muka bumi sepatutnya tidak memusuhi sesama sendiri :

SAUDARA SESAMA NEGARA

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Ø  Dari ayat diatas, boleh kita fahami bahawa, sebagai umat yang beragama, kita juga mempunyai bangsa dan negara tertentu. Oleh itu, sudah pasti kita tidak akan terlepas bergaul dengan orang yang lain agamanya, lain bangsanya dan mempunyai pelbagai-bagai aneka ragam. Perkara ini boleh dilihat di Malaysia dimana terdiri dari bermacam-macam suku kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, kita mestilah hidup sebaik-baiknya walaupun berbeza agama.

SAUDARA SESAMA MANUSIA

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

o   Dari keterangan ayat diatas dapat diketahui bahawa Allah menciptakan manusia berbagai suku dan bangsa semua mengenali satu sama lain. Kita juga tidak digalakkan bermusuhan antara satu lain kerana ia dapat merosakkan kehidupan bermasyarakat.


o   Akhir sekali, konsep persaudaraan sangat penting dalam memastikan kehidupan individu, masyarakat mahupun negara hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Biarpun berbeza fahaman,tpi janganlah kita bermusukan sesama sendiri kerana perkara ini sungguh dibenci Allah.