Wednesday 8 March 2017

isu-isu kontemporari ( unsur-unsur khurafat dalam filem)

Unsur-unsur Khurafat dalam Filem 


UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM:

            Amalan Khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab Jahiliyyah lagi. Sehingga kini amalan tersebut  masih amalan dalam masyarakat Islam. Khurafat adalah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Allah kepada makhluk yang dicipta oleh Allah.

            Khurafat ialah suatu kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnya dilarang oleh agama Islam kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam Islam. Selain itu, hal ini dapat memesongkan akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kia menyekutukan Allah.

            Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. 

Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, ” Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). ” Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.
Ciri-ciri khurafat yang terdapat dalam filem adalah tidak berdasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis),cerita-cerita rekaan dongeng, khayalan atau karut, bersumberkan kepada kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam, menggunakan objek seperti kubur dan pokok dan akhir sekali adalah berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada makhluk halus.
Kesimpulanya, kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

¨  Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram dan ini akan mendorong mereka berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui tontonan filem, seterusnya menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada mereka.

¨  Menurut Tengku Intan (2001), mentality masyarakat Melayu masih lagi dibelenggu oleh unsur-unsur tahyul dan khurafat.

¨  Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan bahan audio atau visual supaya tidak bercanggah dengan akidah Islam

¨  Menurut kitab Al-Mu’jam al-Wasif, khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.

¨  Menurut Kamus al-Marbawi, khurafat ialah sebarang cerita benar-benar dusta.

KHURAFAT :-

¨  Sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam

TAHAYUL :-

¨  Semua cerita sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam

KARUT :-

¨  Keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat

CIRI-CIRI KHURAFAT DAN TAHAYUL BERDASARKAN 

GARIS PANDUAN JAKIM (2009)

¨  Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis

¨  Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut

¨  Penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan tertentu

¨  Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam

BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN TAHAYUL

¨  Kepercayaan kepada keramat seperti kubur,pokok kayu dan seumpamanya

¨  Kepercayaan terhadap ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu

¨  Pemujaan objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur

¨  Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial

HUKUM BERAMAL DENGAN PERKARA KHURAFAT DAN TAHAYUL

¨  Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul ialah syirik

¨  Benda-benda keramat yang dipercayai adalah seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya

¨  Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud:


“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “Apakah tujuh perkara itu?” Baginda menjawab : “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”.

No comments:

Post a Comment