KONSEP KEJIRANAN
Salah satu daripada
ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat
ialah ajaran mengenai hidup berjiran atau kejiranan. Faisal Othman (1994)
mentakrifkan jiran tetangga ialah setiap orang yang tinggal di rumah-rumah di
sekitar rumah kita.
AKHLAK TERHADAP JIRAN
o Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan
mereka) selama tidak membawa mudarat.
o Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan
jiran.
o Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta
tidak berlaku khianat.
o Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan.
o Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak
yang baik dalam muamalah dengan mereka
HAK-HAK JIRAN
o Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan
menolongnya.
o Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan
pinjaman kepadanya.
o Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
o Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
o Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan
tahniah kepadanya
o Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih
bersamanya.
o Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar
jenazahnya.
o Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga
menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
o Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu,
melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
o Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit
kepadanya.
o Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah
engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak
kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu
dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.
No comments:
Post a Comment